“Keputusan kamu kali ni agak teruk.Jadi kena work hard untuk peperiksaan sebenar."Kata seorang guru kepada pelajarnya.
Pelajar:”InsyaAllah.Saya akan cuba yang terbaik.”
Cikgu:”Tahniah.Kamu dapat keputusan yang cemerlang.Semoga terus berjaya pada masa akan datang.”
Pelajar:”Terima kasih cikgu atas segala nasihat dan tunjuk ajar cikgu.”
Pelajar:”InsyaAllah.Saya akan cuba yang terbaik.”
Cikgu:”Tahniah.Kamu dapat keputusan yang cemerlang.Semoga terus berjaya pada masa akan datang.”
Pelajar:”Terima kasih cikgu atas segala nasihat dan tunjuk ajar cikgu.”
Cuba kita semua bayangkan….tanpa kemahuan untuk berubah,boleh ke diri kita untuk berubah….sememangnya sangat susah untuk seseorang merubah diri…buat benda baru yang sebelum ni kita tak pernah buat..atau mungkin menggandakan usaha kita ke arah yang lebih baik…yang mana memerlukan satu sifat sabar yang tinggi….susahnya untuk melakukan perubahan…
Kalau kita renung kembali situasi di atas…seorang pelajar yang ada kesedaran untuk berubah….daripada keputusan yang teruk dia berusaha dan hasilnya adalah keputusan yang cemerlang…sudah tentu dia menggandakan usaha ke arah itu..dengan dorongan ibu bapa dan juga guru…dan juga tawakkal kepada ALLAH…
Firman ALLAH:
“dan bahawasanya seorang manusia tiada memperoleh selain apa yang telah diusahakannya.”(Surah An-Najm:39)
Kalaulah situasi begini yang berlaku….”ah,mak ayah aku orang kaya…so,kalau aku tak lulus periksa pon tak ape,mereka boleh tanggung.biarlah cikgu nak kata apa pon.enjoy lagi best.”Boleh ke pelajar tu dapat keputusan yang cemerlang kalau dalam hati tu sedikit pon tak ada rasa nak berubah…
Itu dalam soal pelajaran…bagaimana pula dalm kita beribadah kepada ALLAH…takkan lah nak buat amalan wajib je sampai akhir hayat kita…tak ada ke rasa nak berubah ke arah kebaikan…bukan secara paksaan tapi secara rela hati dengan niat untuk mendapat redha dari ALLAH…
orang lain boleh guide kita ke arah kebaikan,tetapi diri kita sendirilah yang menentukan…kalau berbakul-bakul nasihat tapi diri sendiri tak buat tak jalan juga..
Sekeras-keras hati Saidina Umar Al-Khattab beliau boleh berubah menjadi golongan yang taat kepada ALLAH dan seorang yang rapat dengan Rasulullah SAW…cuba imbas kembali kisah Saidina Umar sebeluM memeluk Islam…salah seorang yang kuat menentang Islam….membunuh anak perempuan hidup-hidup…begitukah dikatakan bapa penyayang?
namun secebis keinsafan di hati Umar mampu melembutkan hatinya yang keras dengan memeluk agama Islam dan beribadah kepada ALLAH…Aasya-Allah…hebatnya percaturan ALLAH kepada hamba-Nya….
ALLAH suka hamba-Nya berubah ke arah kebaikan…bukan kah kita juga nak cium bau syurga?nak ke kita terus hidup dalam keadaan yang sentiasa ke arah keburukan tanpa melakukan perubahan dalam hidup…
Firman ALLAH:
“nescaya aALLAH memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni dosa-dosamu.dan barang siapa mentaati ALLAH dan rasul-Nya,maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."(Surah Al-Ahzaab:71)
Malu untuk berubah:
kenapa mesti malu untuk berubah?mungkin akan ada rasa pelik pada pandangan orang lain….
"eh,sebelum ni aku tak pernah Nampak dia berjemaah di masjid,tapi sekarang 5 waktu berjemaah kat masjid…."
Eh,sejak bila dia pakai tudung labuh…sebelum ni tak pon.”
Eh,sejak bila dia pakai tudung labuh…sebelum ni tak pon.”
Memang ada yang berfikiran begitu..tapi sebenarnya hati kita yang berubah,bukan mereka…jangan hiraukan mereka-mereka yang rancak berkata-kata mengapa kita berubah…bukan kehendak hati mereka,tetapi ALLAH telah bukakan hati kita untuk berubah menjadi yang lebih baik..
Kenapa mesti berubah?sedangkan pantai pun berubah,inikan pula manusia yang ALLAH kurniakan akal fikiran dan juga emosi…imbas kisah Rasulullah dan para sahabat dahulu,solat malam tak pernah mereka tinggal…walaupun masa berperang…
tak kan lah tak ada sedikit pun terdetik dihati kita…”umur aku dah meningkat..tapi cukupkah amalan aku selama ni…amalan sunat yang tak seberapa…mana lagi nak tambah…."
mati tak menunggu kita…
Susahkan untuk kita melakukan sesuatu yang baru….biasakan diri kita untuk mencuba..walaupun sedikit tatapi jika berterusan akan menjadi sesuatu yang tidak asing lagi bagi kita…
”isnin dan khamis aku nak puasa sunat lah…”,”mulai hari ni tak nak tidor lepas subuh….””solat sunat sebelum solat fardhu…”,”malam nanti nak bangun qiyam la..”
Semua tu memang agak sukar untuk dimulakan…tapi bila dah start kita rasa sayang nak tinggal…biarpun ia hanyalah amalan-amalan sunat….amalan2 sunat tu lah yang akan "top up” amalan2 wajib yang kita lakukan…
Firman ALLAH:
“barang siapa yang mengerjakan amal yang soleh maka pahalanya untuk dirinya sendiri dan barang siapa yang berbuat jahat maka dosanya atas dirinya sendiri.dan sekali-kali tidaklah tuhanmu menganiaya hamba-hamba-Nya.”(Surah Fushilat:46)
Buat diri sendiri dan juga sahabat-sahabat sekalian…memang saya akui susah untuk berubah….kalau dah berubah sikit ada pula halangannya…susah pulak nak beristiqamah…hanya insan yang betul2 menginginkan perubahan dalam dirinya sahaja yang mampu bertahan disamping memohon doa kepada ALLAH agar dikuatkan iman dan dimudahkan dalam segenap perkara…
Semoga hati-hati kita mendapat petunjuk untuk melakukan perubahan dalam diri…dan semoga ALLAH merahmati dan menerima setiap perbuatan baik yang kita lakukan…InsyaAllah..
ALLAH berfirman dalam Surah Al-Baqarah ayat 148.”dan berlumba-lumbalah kamu dalam membuat kebaikan.”
ALLAH juga berfirman dalam Surah Al-Isra’ ayat 7.”jika kamu berbuat baik bererti kamu berbuat baik bagi dirimu sendiri dan jika kamu berbuat jahat,maka kejahatan itu bagi dirimu sendiri.”
semoga bermanfaat buat semua...yang baik itu datang dari ALLAH dan yang buruk itu adalah kelemahan saya sendiri sebagai seorang hamba yang lemah....
~Judge ourselves before we will be judged and weigh ourselves before we will be weighed~
Wallahu A'lamu Bissowab..
wassalam
wassalam
No comments:
Post a Comment