Saturday, July 24, 2010

Masih kuingat (5) : Tok wan mana???

salam a'laik....


Dah hampir 11 bulan arwah ayah kembali ke rahmatullah….namun bagaikan semalam peristiwa tu berlaku..macam semalam je kami balik tengok arwah sakit..macam baru je kami tengok jasad arwah diangkat untuk dikebumikan…

Alhamdulillah kami semua (saya dan kakak2 serta abang2) sempat melihat wajah arwah ayah buat kali terakhir…begitu juga dengan cucu2 arwah ayah….

Memang tak dinafikan mereka semua tengok arwah tok wan diaorang terbujur kaku tanpa nyawa…ditutup kain hingga ke kepala..gaya macam tidur….dan juga mereka tengok arwah tok wan di kafankan….juga cium arwah tok wan diaorang…

Masa arwah ayah sakit kat hospital pun mereka semua sempat tengok even kena tahan dekat guard…mase tu H1N1 sangat popular menyebabkan kanak2 tidak dibenarkan untuk melawat…tapi kami bukanlah sekejam itu…bawak masuk jugak si kecil2 itu secara sorok2 tanpa pengetahuan guard…huhuhu…

kalau yang sudah besar panjang saya consider mereka mungkin tahu apa itu kematian….
Kita diciptakan dan kita dikembalikan kepada pencipta kita….

Tapi bagi yang kecik2 seperti Wahidah,Amir,Aisyah,Ismail(masa arwah ayah takde dulu,kanak2 ini dalam lingkungan 3 ke 4 tahun) dan si kecil yang lain…adakah mereka tahu apa itu kematian???

Seringkali persoalan ini ditujukan kepada si kecil2 ini..

“Ismail,tok wan mana?”
“Tok wan dah meninggal”…..
mase tu Ismail 4 tahun…paham ke dia ape tu “meninggal”..atau dia hanya dengar orang sebut dan ikut…

Dan si kecil ini

“Aisyah,tok wan mana?”
“tok wan kat kampong la”....
ape maksudnya hanya dia saja yang tahu…kampung tu kat rumah atau tempat lain…

Bila ditanya pada si kecil ini…

“Amir,tok wan mana?”
“tok wan pegi keje”…
salah satu jawapannya….dan....
”tok wan duduk rumah dia la”…
haaa..yang ni pun tak diketahui maksudnya yang sebenar….

Bila terdengar si kecil ini bertanya mamanya...

“mama,tok wan pergi macam nenek ye???”

Oh...mungkin si kecil ini tahu tapi mungkin juga tak faham apa itu kematian…

Seringkali soalan2 itu saya tanyakan buat anak2 kecil ini…..masa arwah takde mereka semua masih belum bersekolah….yang lain kecik2 lagi…kalau yang dah bersekolah dan keatas mereka dah faham….

mungkin ada sedikit pelik buat si kecil ini bila balik kampong,tok wan takde….tinggal tok ma je…mana tok wan yang selalu tunggu cucu2 dia balik rumah,yang sering bergurau senda,yang sering beli itu ini untuk cucu2nya…???

Mungkin semua itu terjawab bila mana mereka dah faham apa itu kematian…..mungkin masa tu dah terjawab tok wan dimana….

Namun semestinya tok wan pasti gembira melihat kalian membesar sekiranya panjang umur….juga gembira dengan kelahiran kalian dan dengan senang hati mendendangkan selawat ke telinga kecil kalian…

Semoga kalian tidak lupa untuk mensedekahkan AL-FATIHAH buat arwah tok wan kalian…ingatlah kembali detik2 kalian bersama arwah tok wan yang menggembirakan semua…tataplah gambar arwah tokwan yang menjadi pengubat rindu buat kita semua…

Sekiranya masa boleh diputarkan kembali,kalian seharusnya tahu bahawasanya arwah tokwan sangat2 sayang cucu2nyasangat merindui gelak tawa cucu2nya sewaktu dulu…seringkali menunggu kepulangan kalian semua….seringkali tidak pernah melupakan cucu-cucunya sewaktu hayatnya…

Hanya kenangan bersama arwah tokwan buat pengubat rindu kalian semua….kenangan yang tak mungkin kalian lupakan sampai bila-bila…tahun ni adalah tahun kedua kalian tidak dapat berpuasa dan berhari raya bersama tokwan….

Mungkin n3 ini tidak dibaca oleh anak2 saudaraku sekalian…tapi dibaca oleh ibubapa mereka…khas buat anak-anak saudaraku yang tercinta…hidup kita tak semua hingga ke akhir hayat…kita akan diambil oleh pencipta kita bila-bila masa sahaja….sudah tertulis dalam suratan nyawa arwah tokwan kalian diambil dahulu…semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang2 yang beriman….amin…AL-FATIHAH!




sebetulnya diri kalian sendiri yang lebih mengetahui,lebih merasai kehilangan arwah tok wan kalian sebagai seorang cucu....

semoga kita semua akan terus berukhuwah hingga ke akhir hayat walaupun orang yang kita sayang telah pergi buat selama-lamanya....INSYA-ALLAH....

firman ALLAH dalam surah al-a'raf ayat 34 yang bermaksud :

"dan setiap umat mempunyai ajal.apabila ajalnya tiba ,mereka tidak dapat meminta penundaan atau percepatkan walaupun sesaat."


salam sayang dan rindu dari sukila...



wassalam.....

2 comments:

Unknown said...

mana mungkin boleh lupa saat itu. Kak ti sempat berkampung di wad selama seminggu

hasnisyakila said...

la jugak...walaupun tak teman we sokmo2....tapi teringt.,,,ni nak pose plak dah....huhuhu,,,,

Blogger templates

About this blog

"Ya Allah bukakanlah pendengaran hatiku untuk mengingatiMu,kurniakanlah bagiku ketaatan kepadaMu dan ketaatan pada RasulMu serta beramal dengan kitabMu"....

Blogger news

Lilypie Angel and Memorial tickers

peringatan...~

sesaat matamu berkedip ingatlah ALLAH sedetik jantungmu berdegup ingatlah ALLAH sehalus budimu ditabur ingatlah ALLAH sekilas hatimu ditaut ingatlah ALLAH