Friday, December 3, 2010

" sediakan payung sebelum hujan"

assalamu'alaikum wbt...


"Sediakan payung sebelum hujan"…ungkapan yang sering kita dengar…ungkapan yang berupa nasihat…persediaaan dari segenap segi bagi kita sebagai seorang hamba di muka bumi Allah ini…kita gembira jika kita bersedia…kita berpuas hati jika kita mempunyai persediaan yang lebih…

Teringat masa kelas Introduction to Statistics yang lalu, masuk saja kelas….

Our lecturer said, “We have a quiz today.”

Hah…dengarlah suara2 asing kat belakang..

“ade quiz hari ni?”

“aku tak study pun. Nak jawab ape neh.”

“semalam study minor. Ade test la luse. Tak sentuh pun stats.”

Bila dapat je soalan…lagi sekali terkejut…

“hah, 30 marks.”

“uih,banyaknye…biase quiz 10 marks je.”

“jawab je la.”

*******

Bila tiba saat ini.

“I have the quiz marks for last week. Can someone distribute these?”

“sikitnya. Ape aku jawab ni.”

Dan macam-macam keluhan lagi….saya juga tidak terkecuali…

Bila borak-borak ngan kawan…

“ruginya tak study stats semalam. Ingat takde quiz hari ni.”

“mana nak cekau mark ni. Quiz sket. Mid term cukup makan. Assigment pun. Bape je carry marks neh.”

Itu urusan dunia yang sering kita takut-takutkan kalau tak tercapai….ada kita Tanya apa persediaan aku untuk akhirat kelakkita takut dan kita get ready bila diwar-warkan ade quiz next weekkita buat persediaan yang mantap bila dah tau jadual exam bulan depan…

Bagaimana dengan persediaan kita untuk menghadapi kematian…kita tak tau bila kita bakal melalui saat sakaratulmaut..hanya Allah saja yang tau…

kalau sekarang kita tau..Lecturer cakap …

”we will have a second test next week.”

“Our third quiz will be on Thursday.”

Tapi kita tahu ke ajal kita minggu depan ke ,bulan depan ke,sesaat dari sekarang ke....tak siapa boleh bagitahu kita…bagaimana persediaan kita untuk itu…cukupkah amalan kita selama hidup setakat ni..kalau Allah ambik nyawa sekarang, apa yang dah kita beramal…

Buat kawan-kawan dan yang paling penting buat diri sendiri yang kadang-kadang alpa dan asyik dengan urusan duniawi…bersediakah kita untuk menghadapi kematian? Cukup ke solat malam kita setakat ini…ikhlaskah kita memberi….bertambah ke amalan-amalan sunat kita…dan macam-macam lagi yang menghantui diri kita…

Kematian tidak menuggu kita..tapi kita yang menunggu kematian dengan amalan-amalan kita…Allah boleh ambil nyawa kita bila2 masa sahaja tak kira tua, muda, miskin, kaya,cantik, pandai….yang tahu hanyalah DIA…

Firman Allah S.W.T:

Bermaksud: Setiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada hari

kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu.(surah ali-imran:184)

kalau kita tak bersedia untuk quiz ini,kita mungkin lebih alert untuk quiz akan datang…tapi persediaan kita untuk menempuh kematian, Allah tak masukkan balik nyawa kita supaya kita bersedia balik…bukan begitu…Allah bangkitkan kita kembali bukan untuk kita bersedia semula dari segi amalan tapi untuk menghitung amalan kita selama hidup di dunia.

Firman allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 281

“dan peliharalah diri kamu dari huru-hara hari kiamat yang padanya kamu akan dikembalikan kepada Allah. Kemudian akan disempurnakan balasan tiap-tiap seorang menurut apa yang telah diusahakan, sedang mereka tidak dikurangkan balasan sedikitpun.”

Ingat lima perkara sebelum lima perkara…sihat sebelum sakit,muda sebelum tua,kaya sebelum miskin,lapang sebelum sempit,hidup sebelum mati….sempatkan kita bersedia sebelum sakit,sebelum tua,sebelum mati kerana ajal itu akan menjemput kita pada bila-bila masa..ya,kita bukan sollafussoleh yang sentiasa beribadah kepada Allah,solat malam bagaikan solat fardhu,solat sunat berganda-ganda…

Kita hamba Allah yang lemah…hati dan perasaan yang mudah berubah-ubah…amalan kita tidak setanding mereka…yang kadang-kadang alah dengan bisikan syaitan supaya malas untuk beribadah…

Tepuk dada Tanya iman kita, cukupkah persediaan aku….bersediakah aku untuk berjumpa saat sakatarulmaut…amalan yang sedikit tetapi berterusan dan amalan “bermusim”- kalau rajin buat,malas tak buat, mana yang kita pilih…

Semoga Allah kurniakan kita rasa kehambaan untuk terus beristiqamah dalam beribadah kepada-Nya…semoga Allah menerima segala amalan-amalan kita di dunia…semoga Allah memudahkan kita untuk menghadapi sakaratulmaut….Insya-Allah..


wallahua'lam...


wassalam...


No comments:

Blogger templates

About this blog

"Ya Allah bukakanlah pendengaran hatiku untuk mengingatiMu,kurniakanlah bagiku ketaatan kepadaMu dan ketaatan pada RasulMu serta beramal dengan kitabMu"....

Blogger news

Lilypie Angel and Memorial tickers

Cheeky Quotes

peringatan...~

sesaat matamu berkedip ingatlah ALLAH sedetik jantungmu berdegup ingatlah ALLAH sehalus budimu ditabur ingatlah ALLAH sekilas hatimu ditaut ingatlah ALLAH