salam 'alaik..~
Alhamdulillah dapat juga saya merasa kasih seorang ayah selama 20 tahun….yang banyak berkorban dan memberi dorongan kepada saya dan adik beradik…pada hakikatnya arwah ayah saya amat mementingkan pelajaran anak-anaknya walaupon dia tak tunjuk…memang la dia tak cek homework kami,tapi semangat nak suruh belajar sungguh2 tu ada…mungkin sebab beliau garang…so kami takut la…huhu….
Kalau diikutkan saya memang rapat dengan mak berbanding ayah…kalau nak apa2 mintak mak dulu baru sampai kat ayah….ada tu mak suh cakap sendiri kat ayah…so face to face la ngan beliau…kalau kol umah pon konfem akan cakap ngan mak….termasuk lah abang2 dan kakak2 saya….kalau ade benda penting sangat2 baru cakap ngan ayah dulu…seperti kes nikah kahwin…hehee…
saya selalu mengingati tarikh2 ini...~
7 julai 2009:
Saya mendaftar di IIUM Kuantan Campus….destinasi terakhir arwah ayahanda sebelum sakit tenat…. masa hantar nak balik hari tu pon,beliau yang merah mata tahan tangis….terbalik plak…biasanya muka ni la yang leleh dulu…mungkin dia dapat rasakn itu kali terakhir dapat melihat anak perempuan dia sebelum jatuh sakit…
29 julai 2009:
First day arwah masuk wad 29 Hospital KB selepas dipindah dari Hospital Machang………keadaan arwah semakin tenat….badan lemah dan lesu…
30 julai 2009:
kami semua balik pada hari tu….kalau diikutkan saya dan kakak nak ke Pulau Pangkor mase tu,tapi rezeki tak menyebelahi kami…tiket semua burn…pertama kali masuk wad waktu melawat,agak terkejut saya lihat arwah….wayar berselirat dengan bantuan pernafasan….tiada kata terkeluar dari bibir…tak percaya tgk kedaan arwah macam tu…pada fikiran saya,hanya sakit biasa2 sahaja…terus dipeluk oleh mak yang sentiasa disamping ayah…
31 julai 2009:
Tapi petang semalam kejap je dapat masuk..tambah2 kami semua baru sampai….dan hari ni ,bertambah sedih lagi saya….2 kakak yang tak sempat masuk semalam tersesak2 menangis bila melihat arwah…begitu juga jiran2 yang melawat pada masa tu…sedih,kasihan bila lihat keadaan arwah ayah..sesekali ada merungut kesakitan…begitulah jua keadaan seorang ayah bila anaknya sakit….
Petang tu kami buat bacaan Yaasin untuk arwah…malam tu pergi wad balik..keadaan arwah makin tenat…kakak saya naik kejap nak hantar air,bila turun merah mata….dia kata arwah baru stat batuk..tapi seksanya sebab pakai bantuan pernafasan…bukan tak nak tengok,tapi tak sanggup nak tengok arwah,,,huhu,,,itulah kata2 salah seorang kakak saya..bila turn dia jaga arwah,memang dia automatically menangis
Dari awal dimasukkan ke wad,arwah disuruh berpuasa…saya pon tak faham kenapa…medic is not my cup of tea…seksanya….nak makan tak boleh..nak minum tak boleh…..sampai bibir jadi kering…nak tak nak mak saya titiskan juga air even memang kena marah kalau doc tengok….
terus terang saya katakan,tak boleh tengok arwah ayah dalam keadaan macam tu…air mata ni jadi paling murah…begitu juga kakak2 dan abang2 saya…masing2 tak sanggup nak tengok arwah dalam keadaan macam tu…adik bongsu arwah pun,tak masuk tengok dekat lagi dah teresak2…memang kami rasa macam tak sangka pulak,arwah sakit,tapi sakit yang terus tenat….sehinggakan doc ambil mase beberapa hari untuk mengesan punca penyakit arwah iaitu kuman dalam darah….sebab tu lah kena pose berhari2...
2 0gos 2009:
Bila keadaan bertambah kritikal,arwah dipindah masuk ICU…disebabkan kuman dah semakin merebak,nak tak nak kena hantar ICU jugak…peralatan di wad biasa tak mampu untuk membantu…tu la lebih kurang..sya bukan amik medic…tahu bace fail yang doc tggl je,tapi pahamnye tak…
sedihnya nak tinggal umah mase tu…Balik masa weekend je..esoknya dah ada class...kalau ikut hati nak je duk kat umah…tapi mase tu sem satu baru je 3 mggu start…hari tu juga saya balik Kuantan…
7 0gos 2009:
Dapat cuti H1N1 seminggu…suka la dapat balik umah..masa tu arwah dah dipindahkan ke high depency unit…masih lagi kritikal…letih dan lesu…dah boleh minum…tapi beberapa titis je yang masuk…makan langsung tak…satu keadaan tu,arwah agak sihat,boleh bercakap even kena dengar betul2…tapi masa tu je…kadang2 kami pon arwah tak kenal….tapi bila sedar je sapa yang beliau Tanya kalau tak bukan mak saya….hebatkan kasih cinta seorang isteri dan suami…
9 0gos 2009:
Dari HDW,arwah dipindah ke Wad Panglima…Doctor kata arwah makin stabil..lagi 2 3 hari boleh balik lah….tapi saya tak Nampak dimana stabilnya…sama je…sekali lagi medic is not my cup of tea…mase tu dah dekat 2 mggu lebih arwah tak makan….tubuh pun dah makin susut….tenaga dah tak ada even untuk bangkit sekalipun…bila panggil,kadang2 sedar kadang2 tak sedar…
10-14 0g0s 2009:
Seminggu bercuti...
Ulang alik dari rumah ke hospital…pergi pagi dan balik malam…bila balik umah je sunyi je…bila pandang kerusi yang selalu arwah duduk,teringat kat beliau…sekali tu,bila saya sedar masa tengah tdo,seakan2 nampak bayang arwah kat kerusi tu…
tiap2 hari kat wad panglima,patient berdekatan dah bertukar orang…sihat atau meninggal..tapi arwah ayah saya masih lesu dan lemah…sampai doc sendiri cakap “dah macm2 kami try ni pak cik takde perubahan juga”…
Sepanjang semggu saya ulang alik kat hospital,macam2 jenis orang boleh tengok…ade yang kelakar,ade yang sedih dan macam2 lagi la…ade pak cik dekat katil arwah dulu,garang sangt…huhu..anak dia asyik kena marah je..sian plak…sakit2 pon garang..
~tapi saya suka doc “harry potter’ mai melawat…ehhe….~:P
14 0g0s 2009:
cuti dah habis..Kena Balik UIA dah…huhu….bertolak dari hospital…mase tinggal tu,arwah tak sedar pon…rase cam tak nak balik je…huhu…janji akan balik plak cuti merdeka ni..
15-20 ogos 2009:
Keadaan arwah makin takde perubahan…tak makan..hanya titis air je….tak boleh bangun…sehingga belakang tu dah ade lepuhan…kadang2 bila mase sedar.beliau jadi keliru dan tak kenal sape2…ade nurse kate mungkin kuman dah masuk ke otak…
Ade juga inisiatif doc nak suh arwah makan….nak masuk kan tiub makanan..tapi,betapa seksanya nak masukkan tiub,,,Walaupun saya tak berada di tempat kejadian mase tu,dimana nurse berusaha untuk memasukkan tiub makanan namun tak berjaya….dari penceritaan kakak saya yang mengatakan mak saya sendiri menangis bila lihat kejadian tu…tak terucap oleh kata2….hanya mampu menangis je…
21 ogos 2009:
Pagi tu kakak dan abang keluar beli segala keperluan arwah dan juga keperluan nak sambut puasa esok..kira 1st day pose kat hospital…dan mak saya pun dah bayar siap2 fidyah puasa untuk arwah ayah…
Keadaan arwah agak kritikal hari tu…bila panggil je macam sedar tak sedar je…petang tu,bp semua drop…dan doc nak request masuk ICU balik..namun sebab kes H1N1 tengah hot mase tu kat ICU,doc request HDW…
Namun semua tu tak sempat berlaku…Abang saya yang berada di samping arwah semasa detik2 kematiannya…saya kira betapa kuatnya semangat beliau….bila doc panggil masuk untuk ajar mengucap….kalau lah saya berda pada situasi tersebut,tak mungkin saya kuat untuk menghadapinya….tepat 10.30 malam arwah menghembuskan nafas terakhir di samping anak lelakinya…seakan2 tak percaya arwah ayah dah pergi…
Pernah je dulu akak cakap,kalau raye ni dok hospital lagi,kita request ngan doc nak wat balik umah kejap…namun,tak sampai ke saat itu…malam tu gak jenazah arwah dibawa balik ke rumah…balik untuk selama-lamanya…dalam pukul 1 lebih jenazah smpai kat rumah…kami semua dah otw balik umah …
22 ogos 2009:
Ramadhan yang pertama tanpa arwah…saya sampai umah 6.45 pagi …masuk dan menatap wajah arwah yang sudah tak bernyawa…mase dah ada orang datang melawat….mak saya teresak2 menahan tangis…dah janji nak tunggu semua anak2 sebelum dikebumikan….
Alhamdulillah abang2 dan kakak2 saya tiba sebelum zohor lagi…sempatlah kami semua menatap wajah arwah..
Alhamdulillah..semuanya berjalan lancar…arwah selamat dikebumikan selepas Zohor….pergi lah jua seorang ayah pada satu Ramadhan yang penuh berkat…saat2 yang yang tak mungkin untuk saya lupa….pemergianmu memberi impak yang besar pada kami semua….
Semoga ditempatkan di kalangan hamba2 Allah yang beriman…InsyaAllah…doa kami sentiasa mengiringi mu…semoga kau tenang di sana….Amin…
Wassalam…
.... Dunia ini satu persinggahan. Setiap yang ada akan diambil kembali apabila tiba waktunya ....
Monday, May 10, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blogger templates
About this blog
"Ya Allah bukakanlah pendengaran hatiku untuk mengingatiMu,kurniakanlah bagiku ketaatan kepadaMu dan ketaatan pada RasulMu serta beramal dengan kitabMu"....
peringatan...~
sesaat matamu berkedip ingatlah ALLAH
sedetik jantungmu berdegup ingatlah ALLAH
sehalus budimu ditabur ingatlah ALLAH
sekilas hatimu ditaut ingatlah ALLAH
3 comments:
Ingatan dan kenangan bersama we semakin padu dan tak akan terlerai sampai bila2. Ditambah lagi pada detik 21 hb august selepas seminggu ridhwan lahir tak sempat menengok tok wan dier.
Semoga we ditempatkan ditempat orang2 yang beriman. Amin..
tak boleh baca banyak kali. kena baca sekali je. sedih bangat....
21 ogos 2009 tarikh yg takkan dilupakan smpi ble2...
semog roh we ditempatkan dikalangan org2 yg beriman.. Amin
Post a Comment