Sunday, May 23, 2010

orang berbudi kita berbahasa..~

dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang...


sebut pasal berbudi ni,satu benda yang sangat susah untuk kita tunaikan...apatah lagi kita nak menilai seseorang tu berbudi atau pon tak...luaran sahaja tak mencukupi kerana dalaman itu yang menentukan segala isi hati seseorang...

tiba2 teringat kat lagu ni...nyanyian in team dalam album "TIADA LAGI KASIH"...


SENANDUNG BUDI


Berbudi dan berbahasa
Ke mana pergi ingat sentiasa
Biarpun cantik paras dan rupa
Akhlak mulia yang lebih utama

Budi bahasa dipelihara
Sopan santun dijaga

Berbakti berbuat jasa
Nama dikenang bagai pendita
Biar bercerai jasad dan nyawa
Disebut orang di setiap masa

Jangan biar diri dihina
Kerna sifat tercela

Bunga pagi bunga di darat
Bunga seroja tepi kali
Hinanya besi kerana karat
Hina manusia tak berbudi

Ke sawah menuai padi
Bekal dilupa jangan
Hidup bersendikan budi
Sombong jangan amalkan

Hilang bahasa kerana emas
Hilang budi kerana miskin
Budi ditabur tak hendak dibalas
Baru sempurna zahir batin

(Budi bahasa budaya kita,
jadi amalan bersama...)

Bunga cina di atas batu
Daunnya lepas dalam ruang
Adat di dunia memang begitu
Kerna harta budi terbuang

Contohi akhlak mulia
Dari nabi junjungan
Walau dicaci dihina
Ditempuh dengan iman

Sarat perahu muatan pinang
Singgah berlabuh di Kuala Daik
Jahat laku lagi akan dikenang
Inikan pula budi baik


"Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi,memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat"--- Khalifah Abdul Malik bin Marwan---

semoga ALLAH mengurniakan kita sekeping hati untuk terus berbudi dan berbuat baik terhadap orang lain....InsyaAllah..
memang diakui kita bukan insan yang setanding budi dengan Rasulullah SAW,tapi ada baiknya kita ,mencontohi akhlak dan perbuatan beliau dalam kehidupan kita...

benarlah kata cerdik pandai "buat baik berpada-pada.buat jahat jangan sesekali".

wallahu a'lam...

wassalam...

No comments:

Blogger templates

About this blog

"Ya Allah bukakanlah pendengaran hatiku untuk mengingatiMu,kurniakanlah bagiku ketaatan kepadaMu dan ketaatan pada RasulMu serta beramal dengan kitabMu"....

Blogger news

Lilypie Angel and Memorial tickers

Cheeky Quotes

peringatan...~

sesaat matamu berkedip ingatlah ALLAH sedetik jantungmu berdegup ingatlah ALLAH sehalus budimu ditabur ingatlah ALLAH sekilas hatimu ditaut ingatlah ALLAH