Sunday, May 16, 2010

selamat hari guru..~

Assalamualaikum wbt….

Sebut hari guru ni teringt masa sambutan hari guru kat sekolah 4 tahun yang lepas…kami wakil 5terz buat persembahan dikir barat dan boria buat cikgu2 tersayang….yang seronoknya semua pelajar form 5 buat persembahan tu…riuh stage masa tu….

Antara bait2 dikir barat yang masih ingat..versi kelantan ye...nama dah dikir barat..hehe...

Pembuka bicara buat cikgu2 tercinta..:

“nak bakik asa ambo nak royak titih
Adik kakok kalu nak denga hari ni gak nyo buleh
Cekgu2 kito bermace2 rage
Kito crito so-so baru kena hati budi”
.
.
.
.
.
.
.
.
dan penutupnya:

"Sekie terimo kasih kami undu diri
Cekgu2 sains pasir puteh selamat hari guru
Kami saye cekgu
Cekgu2 dale hatiku
Terimo kasih cekgu sanggop mendidik daku,cekgu
Selamat hari guru"

Rangkap yang membuatkan cikgu2 kami menitiskan air mata tanda terharu..huhu…sambutan hari guru 2006 memang paling best sepanjang 5 tahun saya kat sana…


Untukmu guruku…

Wahai guruku yang dikasihi
Engkaulah pelita diri ini
Menerangi hati nurani
Moga dirimu dirahmati

Ya Allah peliharalah guruku
Agar dipimpin terus hamba-Mu
Agar terhindar dari neraka
Moga dibukakan pintu syurga

Tak terbalas jasamu
Berkorban jiwa raga
Mendidik anak bangsa
jadi insan berguna

Keikhlasan di hati
Hulur bakti dan budi
Kau penyambung warisan
Ilmu cahaya hati

Ampunkanlah wahai guruku
Kesilapan anak-anakmu
Kuserah kan jiwa ragaku
Agar terdidik nafsu liarku

Dengan izin Allahu Rabbi
Engkaulah guru yang sejati
Engkau bersabar mendidik kami
Moga dirimu diberkati

Datang dengan harapan
Pulang bawa kejayaan
Anugerah yang diimpikan

sesungguhnya besar jasa seorang guru buat anak didiknye...dengan harapan dan niat untuk terus memberi yang terbaik untuk pelajar-pelajarnya...




SELAMAT HARI GURU buat guru-guruku yang pernah mencurahkan ilmu pada insan kerdil ini dimana jua kalian berada terutamanya guru2 di SMS PASIR PUTEH, tenaga2 pengajar di IIUM PJ DAN KUANTAN yang tidak jemu2 mendidik dan berkongsi ilmu yang bermanfaat...semoga kalian sentiasa dalam rahmat dan redha ALLAH...
semoga ALLAH membalas jasa dan niat murni kalian...INSYAALLAH...

juga buat kakak2 dan abang serta insan2 diluar sana yang bergelar seorang guru,seorang pendidik,seorang da'ei....may ALLAH bless all of you...

wassalam...

No comments:

Blogger templates

About this blog

"Ya Allah bukakanlah pendengaran hatiku untuk mengingatiMu,kurniakanlah bagiku ketaatan kepadaMu dan ketaatan pada RasulMu serta beramal dengan kitabMu"....

Blogger news

Lilypie Angel and Memorial tickers

Cheeky Quotes

peringatan...~

sesaat matamu berkedip ingatlah ALLAH sedetik jantungmu berdegup ingatlah ALLAH sehalus budimu ditabur ingatlah ALLAH sekilas hatimu ditaut ingatlah ALLAH